Ira & Hadi

 
  
  
Lokasi : Ara Rendang, Penang
Tarikh Persandingan: 20 Disember 2009

Pasangan ini melangsungkan perkahwinan mereka pada 20.12.2009. Hadi adalah teman lamaku. Walaupun mereka agak kelam-kabut dengan majlis ini, kerana masing-masing sibuk bekerja di ibukota iaitu Kuala Lumpur, tapi semuanya berjalan lancar. Semoga pasangan ini berbahagia dan cepat-cepat dikurniakan cahaya mata. Amin.


Nida & Nizam

 
  
  
  
  
  
Tarikh : 27 Mac 2009
Lokasi Akad nikah : Taman Semarak, Sg. Petani, Kedah
Lokasi Outdoor : Tmn. Jubli, Sg. Petani & Titi Semeling, Kedah


Majlis Pernikahan mereka berlangsung di masjid sg. pasir, sg. petani. Gambar x bertudung adalah gambar outdoor. Majlis Pernikahan mereka berlangsung pada 27 Mac 2009, Untuk penggambaran outdoor mereka terpaksa buat pada hari berlainan kerana keadaan yang tidak mengizinkan pada hari tersebut. Baju pengantin lelaki & wanita adalah hasil rekaan dari butik kami. Gambar ini adalah hasil dari photographer Nasrizal Nasir. Web beliau www.pengantin.org

Hasliza & Ismail



 

 

 

 

Lokasi : Padang Menora, Penang
Tarikh Akad Nikah : 8 Ogos 2009
Tarikh Persandingan : 9 Ogos 2009

Kak liza pada mulanya cuma menempah baju pernikahannya. Pada hari beliau datang untuk suai padan baju nikahnya. Kami telah melakukan make up demo kepadanya untuk simpanan kami. Dua tiga hari kemudian beliau memaklumkan kepada kami beliau amat berpuas hati dgn make up kami & telah menempah make up dgn pihak kami. Inilah hasilnya, tp ini gmbr upload dr handphone. X secantik yg photographer amik la.

Wani & Rashidi






 
Lokasi : Kulim, Kedah
Tarikh : Ogos 2008

Wani datang ke butik kami yg dulu dibawah share bersama NEEDS COUTURE SDN. BHD. bertempat di Tmn. Cendana. Sekarang kami dh berpecah, dan membawa haluan masing-masing.
Beliau dtg mendapatkn khidmat sepenuhnya dr kami utk akad nikahnya. Baju nikah lelaki dan wanita ada rekaan kami sepenuhnya. Kami ke rumah beliau di kulim untuk menata rias beliau.Gambar ni adalah upload dr hp, so gmbr xlah ok sgt.

Liza & Kamal

 
  
  
 

Lokasi : Sg. Petani, Kedah
Tarikh Persandingan : 9 Dis 2006


Liza, adalah kawan baikku. Pada permulaannya, liza telah menempah mak andam di sekitar sg. petani yg agak terkenal *********. Tapi atas sbb2 butik itu memberi alasan yg x munasabah, liza mendapatkan khidmat saya yg kebetulan ada dirumahnya. Saya agak kelam-kabut kerana x menyediakan apa2 peralatan make up. Liza agak kecewa dgn tindakan butik tersebut. Inilah hasil yg saya lakukan utk liza. Buat liza tahniah kerana akan menimang cahaya mata & semoga berbahagia selamanya.